Posts

Showing posts from October, 2019

HMT 211 Refleksi

Refleksi Kuliah HMT 211 😺 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya, Rabiatul Adawiyah Binti Suhaimi merupakan pelajar tahun 3 dari pusat pengajian Ilmu Pendidikan. Berikut merupakan refleksi saya sepanjang mengikuti kursus HMT 211 iaitu fonetik bahasa Melayu. MINGGU 1 Pada minggu pertama, saya telah disajikan pengajaran oleh pensyarah dengan menyuruh kami semua  menyanyikan lagu Sesungguhnya nyanyian Alif Satar dan Raihan. Pada awalnya saya agak terpinga-pinga dan tertanya-tertanya kaitannya dengan kursus yang saya ambil. Selepas itu, barulah saya mengerti rupanya pensyarah mahu kami semua menghayati dan mendengar sebaiknya mengenai sebutan a dan e dalam sebutan bahasa baku bahasa Melayu. Pada awalnya, saya kurang peka akan tetapi selepas itu saya dapat menangkap objektif yang ingin disampaikan oleh pensyarah bersesuaian dengan kursus ini yang lebih menumpukan berkaitan sistem bunyi sesuatu sebutan konsonan dan sesuatu huruf. Kami juga diminta untuk mencari ahli ku...